Browse
»
Home »
INFO
»
Jibril & 12,000 Malaikat menemui Rasulullah di Bukit Qubais
Bagi tiap-tiap
seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu
kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka
selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)
Pada zaman jahiliah di
antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu
Malik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja Habib
bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah,
iaitu suatu tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta
pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu Jahal
dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib:
“Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”
Berkata Abu Jahal:
“Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun bertanya
kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang
Muhammad itu.”
Berkata Bani Hasyim:
“Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi,
orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata
selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad meningkat pada 40 tahun
dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawa agama baru yang bukan
datangnya dari nenek moyang kita.”
Sebaik sahaja raja Habib
mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa
Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan
kekerasan.
Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk
menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja,
baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan
Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.
Rasulullah SAW berkata:
“Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah
SWT.”
Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk
RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna
hitam.
Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka
baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja
Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah
kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang
Rasulullah SAW.
Apabila raja Habib
melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun
bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah
kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa
cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah Muhammad dan
mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”
Sewaktu baginda duduk di
hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda
dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.
Raja Habib memulakan
pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada
mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”
Bersabda Rasulullah SAW:
“Katakan apakah yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: Aku
mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan
kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di
bawah baju kamu dan separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan
dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu yang kiri.
Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala
kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit
dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu
tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula
dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”
Setelah mendengar begitu
banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun
bersabda:
Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan
segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: “Ya,
aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi
hatiku.”
Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera
melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah
mengatakan yang cukup baik dan tepat.”
Rasulullah SAW pun
keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda
mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah
berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan 12,000 malaikat
dengan memegang panah di tangan mereka.
Malaikat Jibril as
berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah
bersalam kepadamu dan berfirman:
“Wahai kekasihku,
janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di
mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan
berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta
oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan
berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu.
Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan,
malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri
yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua
mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua
tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”
Setelah itu Rasulullah
SAW pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa
gembira. Malaikat Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus
dan Rasulullah SAW berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu
matahari terbenam.
Matahari mulai
seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan
menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah
bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua
jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke
bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu
bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan
itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui lengan
sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui
lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum
mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah
SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan
RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau
Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”
Setelah bulan berkata
demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan
menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka
matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan
bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun
berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.”
Belum sempat Habib
hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu
mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak
mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata dan
sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikan kedua
tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Sebaik sahaja raja Habib
mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli
Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah
yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku
bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu
bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya
dan utusan-Nya.”
Raja Habib dan semua bala
tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia
berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini
sehingga syihir itu telah mempersonakan tuan.”
Raja Habib tidak
menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke
negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut
oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa
asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa
sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa
Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).
Raja Habib tercengang
dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai
anakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”
Berkata anak raja Habib:
“Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu
berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau
kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan
baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang
kurang seperti yang ayah
lihat sekarang”
Kemudian raja Habib
bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah
keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu
dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa orang hamba
dikirimkan kepada
Rasulullah SAW.
Ketika rombongan yang
membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah,
tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu
semua milik siapa?”
Berkata rombongan itu:
“Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi
pada Rasullulah SAW.”
Sebaik sahaja Abu Jahal
mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua
barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu
enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan
antara kedua belah pihak. Apabila berlaku peperangan diantara kedua
belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datang bersama
mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan kedatangan
orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami
bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk
rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”
Abu Jahal berkata: “Raja
Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah SAW
bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku
mencadangkan sesuatu?”
Berkata penduduk Makkah:
“Ya, kami setuju.”
Bersabda Rasulullah SAW:
“Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah
sebenarnya harta ini.
Berkata Abu Jahal: “Kita
tentukan perkara ini esok pagi.”
Setelah mendapat
persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu
Jahal pun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya,
dia pun memberi beberapa korban kepada berhala-berhala mereka dan
memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga pagi.
Apabila waktu yang
dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk
melihat keputusan pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara
baginda danAbu Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal
sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itu dengan berkata:
“Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah
Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi,
namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.
Maka berkata penduduk
kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang
giliran Muhamad pula untuk melakukannya.”
Rasulullah SAW pun
menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk
Allah, demi ciptaan Allah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”
Setelah Rasulullah SAW
berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu
berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja
Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”
Sebaik sahaja unta itu
berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut
berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian
Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak yang
ada di atas unta lalu
dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak,
hendaklah kamu semua menjadi pasir.”
Kemudian dengan sekejap
sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.